Posted on 20 septeber 2012 by admin
Rekan-rakan sekalian. Marilah bersma sama ‘Menjaga Alam
Sekitar’.
Hadirin hadirat sekalian,
Alam sekitar adalah suasana yang wujud di sekeliling kita. Ini termasuk
bumi yang kita pijak dan udara yang kita sedut. Semakin hari alam
sekitar kita semakin tercemar.
Antara faktor-faktor pencemaran ialah pengeluaran asap-asap kotor
daripada kenderaan dan kilang-kilang, sampah sarap yang sukar
dihapuskan seperti tumpukan besi buruk , sungai yang dipenuhi sampah
dan bangkai binatang.
Teman teman sekalian,
Ini jelas membuktikan bahawa hidupan kita adalah terdedah kepada bahaya
pencemaran alam sekitar. Oleh itu, kita hendaklah menjaga alam sekitar
dengan tidak melakukan perkara-perkara yang boleh mencemarkannya.
Sebagai pengguna, kita hendaklah sama-sama mendisiplinkan diri dan
menjaga kebersihan alam sekitar.
Sebagai mengakhiri kalimat ini, saya ingin tegaskan bahawa langkah
serius perlu diambil dengan segera dalam usaha menjaga alam sekitar
kita. Setiap individu perlu mempunyai kesedaran sivik yang tinggi dalam
hal ini. Alam sekitar yang bersih menjamin kesihatan kita.
Sekian, terima kasih.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar